青团运与你有约!!!

青团运与你有约!!!

Saturday, August 29, 2009

Perhatian... Influence A (H1N1)

Influenza A (H1N1)
Influenza atau flu adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza.

a. Virus Influenza
terdapat 3 jenis virus influenza iaitu a,b dan C. ketiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia. Virus influenza a adalah paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia. Virus influenza boleh menjalani mutasi (perubahan genetik) dan menghasilkan virus influenza jenis baru yang lebih berbahaya. ini akan mencetuskan kejadian epidemik dan pandemik influenza.
Virus influenza tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap, bersin atau batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan.

b. adakah inFLUenza sama dengan demam seLesema?
Tidak. Walaupun kedua-duanya mempunyai gejala yang hampir sama tetapi influenza menyebabkan gejala dan tanda-tanda yang lebih teruk serta boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa.

Perbandingan antara influenza dan demam selesema:
tanda dan inFLUenza (FLU) demam seLesema
Gejala (Common cold)
Demam Tinggi. Biasanya melebihi 38˚C Kurang dari 38˚C
Letih lesu teruk dan boleh berlarutan sangat ringan hingga 2 ke 3 minggu
Sakit otot / sakit sendi sederhana ke teruk ringan
batuk batuk teruk, tidak berkahak tiada / ringan pada peringkat awal
hidung berair / tiada / ringan teruk berhingus
bersin kerap tidak kerap
sakit tekak sederhana ke teruk tiada / ringan
sakit kepala sederhana ke teruk ringan
Penyebab Virus influenza a, b atau C adenovirus, rhinovirus, Parainfluenza virus, Corona virus dan lain-lain

C. aPakah raWatan bagi inFLUenza?
tiada rawatan khusus untuk influenza. rawatan yang diberikan adalah rawatan simptomatik sahaja.
anda dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:
• Mengambil ubat demam seperti paracetamol untuk melegakan demam dan sakit kepala
• Minum air atau minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk
• Amalkan pemakanan seimbang dan tidur atau rehat yang secukupnya
• Hindarkan stres kerana ini akan melemahkan sistem pertahanan badan
• Jika tanda dan gejala berlarutan atau tambah teruk dapatkan rawatan di klinik atau hospital

d. bagaimana jangkitan inFLUenza boLeh dieLakkan dari merebak?
i. jika anda bersin atau batuk:
• Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan
• Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah
• Jangan berkongsi sapu tangan
• Basuh tangan dengan sabun selepas batuk dan bersin. Juga basuh tangan dengan bersih setelah menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka, hidung, telinga dan lain-lain anggota badan
ii. Pakai penutup mulut dan hidung (mask) untuk mengelakkan jangkitan influenza.
iii. elakkan dari berada di tempat-tempat awam jika anda dijangkiti influenza.

e. aPakah Perbezaan antara Ubat antiViraL dan Vaksin inFLUenza?
Ubat antiviral adalah ubat bagi merawat pesakit yang dijangkiti virus. Pemberian ubat antiviral pada masa yang betul akan dapat mengurangkan impak gejala dan tanda penyakit serta mengurangkan kemungkinan komplikasi penyakit.
Vaksin diberi sebagai langkah pencegahan. Vaksinasi menggunakan vaksin influenza yang ada di pasaran hanya untuk memberi perlindungan kepada individu dari mendapat jangkitan.
kementerian kesihatan menyarankan mereka yang akan melawat negara yang sedang mengalami musim sejuk dan mereka yang akan mengerjakan haji dan umrah di mekah agar mendapatkan suntikan vaksin influenza. suntikan boleh diperolehi dari klinik atau hospital swasta tertentu.

Pastikan anda daPat membezakannya!
Anda haruslah memahami dan dapat membezakan istilah - istilah yang digunakan berkaitan dengan influenza :
aVian inFLUenza
Avian influenza atau selesema burung adalah sejenis penyakit berjangkit yang biasanya berlaku di kalangan ayam, itik dan burung (unggas). ia juga boleh menjangkiti manusia.
ePidemik inFLUenza

Epidemik influenza adalah kejadian wabak influenza yang menyerang sekumpulan penduduk di sesuatu lokasi atau negara.

Pandemik inFLUenza
Pandemik influenza adalah kejadian wabak influenza yang menyerang sebahagian besar dari penduduk dunia. ia berlaku akibat dari kemunculan virus influenza baru yang mana penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus tersebut. Vaksin influenza yang sedia ada tidak dapat melindungi serangan virus pandemik influenza.

Diterbitkan oleh:
kementerian kesihatan maLaysia
Tel: 03-8881 0200/300
Laman Web: http://dph.gov.my/survelans/
http://www.infosihat.gov.my
Pi.4 (versi 1), 12/2006 (bm 200,000)

No comments:

Post a Comment


Futsal Kebangsaan GBBM Cup 2009

Futsal Kebangsaan GBBM Cup 2009

全国五人足球青团运杯邀请赛

日期/时间: 29/11/2009 (星期日) 早上八时半。

地点 : THADZA SPORT CENTRE, THADZA FUTSAL 室内足球场。(LOT 1670,JLN STADIUM UTAMA,KG PONDOK,01000 KGR,PERLIS)

队伍人数: 5 名正选及三名候补。

比赛资格: 1.职业州手与国手不能参赛。2.年龄十四岁或以上,四十岁或以下。

比赛方式: 分组或循环赛以参赛队伍数作决定.

比赛制度: 根据FUTSAL制度进行.

截止日期: 1/11/2009

抽签日期: 8/9/2009 (星期二) 晚上9:30 JEJAWI思源旅馆, 缺席者的编号将由主办当局代抽.

报名处: 江凯尔 012-4602323,EZIGET TRADING 012-4311149,青团运玻州各支会.

奖励 :

冠军 RM 2000.00 (队伍奖杯一座 + 八名球员奖牌 + 球鞋一双)

亚军 RM 1000.00 (队伍奖杯一座 + 八名球员奖牌 + 球鞋一双)

季军 RM 500.00 (队伍奖杯一座 + 八名球员奖牌) X 两队

注意 : 1.本竞赛任何一条细则,如有未尽善处,本竞赛组有权增删.2.如有任何疑问,欢迎拨电给主办当局询问详情.

赤壁之战-决战天下